
27 hb Mar 2008 - Aku and Family memulakan perjalanan 'Family Weekend' ke Langkawi, Kedah.
Kitorang bertolak 2 kereta.. Satu kereta, Kak long, hubby dia and anaks. Satu kereta lagi, aku, mak aku and adiks aku. Kami bertolak dari rumah masing-masing dalam pukul 2 pagi Jumaat selepas melelapkan mata dari pukul 10pm..
It was fun masa mula-mula drive dari KL..2 pagi kan.. sure la syiok. Kereta tak banyak.. bukak tingkap.. tekan minyak.. memang best!... tapi.. bila lepas je Tanjung Malim.. aku dah tensen dah.. bukan sebab penat, sebab lampu jalan tak de, spoil betui la. Tapi aku still maintan lagi la..sebab dah bantai tido before gerak.
Kitorang berenti refresh kat perhentian Sungai Perak. Sempat pekena kopi yang mak aku tapau dari rumah. Lebih kurang 20 minit, kitorang gerak semula. Berhenti lagi sekali untuk solat Subuh.
Aku dah tak ingat dah jalan mana yang aku lalu. Ye lah, dah lama sangat simpan dalam kepala otak, sampai dah terlupa. Hehehe. Dalam pukul 8, kitorang dah masuk negeri Kedah. Pagi-pagi Jumaat tengok keadaan sekeliling hijau.... sejuk mata and hati aku. Lama dah tak tengok sawah. Kitorang plan nak naik feri kat Kuala Perlis and aku pilih ikut jalan kampung. Aku tak ingat nama-nama kampung yang aku lalu. Yang paling aku ingat aku lalu Changlun, sebab masa tu setiap 1km ada banner ucapan terima kasih dari Mukhriz Mahathir kepada penduduk Changlun yang sokong dia sampai dia menang Kawasan tu masa pilihanraya.
Selepas lebih 500km perjalanan dan 3 kali stop, dalam pukul 9.30am, kitorang dah sampai jeti Kuala Perlis. Alhamdulillah... :-) .
Parking kereta untuk 2 hari. 2 Kereta = RM55. Sebenarnya masa mula-mula sampai, ada la org bawak moto duk promote kat abg ipar aku tempat parking dia RM8/sehari, tapi lepas pikir..tempat mamat tu jauh, tak de bumbung and tak de org jaga, makanya kitorang pegi la yang dekat sikit ngan Jeti. Nama tempat tu 'Mak Bee Parking'. Lebih kurang la nama dia tu..
Hajat nak naik jeti pukul 10.. tapi tiket abis. Paling awal 11.30am. Tensen....... Ape nak buat, tunggu jelah. Ha.. harga tiket Feri pun dah naik. Dewasa RM18/person. Kanak2 RM13/person. Dasat oo....... Feri tu guna petrol ke Diesel ha? Tahun lepas aku pegi RM15/person. Dalam setahun naik RM3, dasat tu. Tapi nak way macam mana kan, bukannya leh mintak diskaun.
Pukul 11, kitorang dah masuk dalam Feri. Bila dapat duduk je..fuhh.. hilang semua penat aku drive dari KL ke Kuala Perlis. Anak-anak sedara aku semua nya dah tak reti duk diam, memasing berebut nak duk tepi tingkat Feri.
Dalam pukul 12.30, kitorang selamat memijakkan kaki di Langkawi.
Kitorang sewa Family room kat Best Star, Pantai Chenang. 2 king bed, aircond, hot and cold shower, tv, semua ada...kecuali Astro... hehehehehe. Room dia bagi aku, kira bagus. Bersih and everything nampak baru. Walaupun tak mengadap pantai.. tapi ok la..pantai dekat je pun. RM120/night per room, memang very reasonable. Yang paling aku suka... Shower dia... deras!!! tak kedekut air macam sesetengah hotel. So, hotel ni aku leh rekomen la. aku bagi 4 bintang untuk fasiliti dalam room dia.
Sepanjang 2 hari, tak banyak tempat kitorang pegi, tapi ok la.. lain kali bleh gi lagi. Nanti kalau lawat semua dah tak heran plak nak gi. Ini first time selepas berpuluh tahun kitorang pegi bercuti sekeluarga. Walau pun tak semua family aku ada, tapi still fun and memorable too. This is percutian yang kitorang semua tak de tensen/merungut even sesat cari tempat selama berjam, sebab memang dah set from the very first minit bertolak dari KL yang we want to have fun.
Secara kasarnya bawah ni, aku bagi sikit rujukan bacic perbelanjaan untuk perjalanan pergi dan balik aku untuk percutian kali ni, kot la bleh jadi rujukan. Maybe kalau pandai and banyak survey, maybe you guys bleh dapat offer yang lebih baik and menjimatkan.
Petrol : (KL-K.Perlis-KL) = RM 140.00 (Full tank pegi and Full tank balik)
Tol : Hway (KL-K.Perlis-KL) = RM 100++
Parking : RM55 (2 cars, 2 days)
Feri (Pegi and Balik) :
Dewasa : RM36/person
Kanak-Kanak : RM26/person
Sewa Van (Pregio-12 Seaters) = RM 150/day
Diesel Van (Friday to Sunday) = RM60
Family room = RM120/night
Kat bawah ni aku ada tepek sikit gambar beberapa pemandangan yang aku amik kat Langkawi. Sebenarnya banyak lagi gambar, cuma malas nak upload. Tak pe la kan... sempena kemunculan aku semula aku tepek 10 gambar dulu la.. nanti aku rajin, aku tepek lagi.