14 February 2008

Hello....

Dah lama tak blogging. 2-3 hari ni aku macam malas jer semenjak PC aku buat hal ahad lepas. Mana tak nyer... dah 2 kali aku taip2...tapi tetiba ilang plak. Ingat bila dah Autosave so adalah simpanannyer kan. Tapi tgk2 tak de plak.. pelik betui la. Lagi satu aku tak blogging sebab bosan tak tau nak crita apa. Aku minggu ni dari Isnin jarang tgk TV, baca surat khabar n sebagainyer lah.

Keje aku minggu ni start petang smalam dah mula tumbuh macam cendawan semenjak aku dapat email semalam. Aku yang nak sangat keje kan. Tak pe..tensen2 pasal keje tak pe, jgn tensen pasal orang.

Sabtu ni opis aku ada annual dinner, tema dia Cartoon Superheroes. Sejak hari Isnin org2 kat opis dah bising2 rancang nak pakai baju ape. Ada yang kata plak bos besor company aku tu nak pakai baju Superman.... Haaaaaaa.... tak leh la aku nak bayangkan. Maybe dia akan wat baju Superman yang sopan sikit.. Superman pakai short instead of pakai spender. Hehehe...

Sebut pasal Annual Dinner ni, kekadang disebabkan tema-tema ni ada yang sanggup nak berbelanja besar. Al maklum la , sekali sekala nak tunjuk kehebatan. Ada plak setengah orang yang mmg takkan amik pot bab2 costume ni, sebab katanya tujuan dia datang nak Makan jer. Aku maybe tak pegi dinner tu sebab ada urusan lain or we'll see la later mater.

So, sebagai galakan aku senaraikan beberapa idea costume cartoon superheroes yang terlintas kat kepala aku :




Superman
Batman
Ultraman
Spiderman
Cicakman (hehehehe)
He-Man
Starwars (Obie One and Friends)
Darkvader (Hero Jahat)
Joker (Hero Jahat)
Doremon (Superhero gak ni..hero Nobita) ;-)
Power Rangers
Superwoman/girl
Power Puff Girl
Cheetara (Ada sapa berani)
Batgirl
Incredible Hulk
Incredibles Team
Gem and the Hologram
dan lain2..
So pilih cepat2....

2 comments:

Honey AJ said...

awat tak masuk kluang man....dia hero malaya tau!

Pidah said...

sebab kluang man dah resign jadi superhero and keje kat kluang station (tesco) wat kopi.... hehehehehehe