28 February 2008

Aku kembali lagi

Yuhuuu.....
Aku kembali lagi.. Sori le dah lama tak singgah kat blog. Susah skang ni..opis aku tak leh masuk internet sesuka hati.. restricted! So, tak leh la nak update blog. Kat umah? Balik umah kekadang dah malas..sebab dah satu hari kat opis mengadap PC.. penuh dah otak aku ngan cas-cas elektron dan juga sinaran ultra ungu yang dipancarkan dari monitor tu. So, balik umah tu kekadang malas nak on PC. Kalau aku on pun..kekadang On je..bila aku dah baring..ter lelap..last2 aku shut down balik. hehehe.
Tak banyak yang nak story sebenarnya. Selain dari hal Dementor tu.. Alhamdulillah, setakat ni masalah tu dah selesai.. Bos aku kat opis dah settlekan. Result PTD pun dah kluar dan dengan bangganya sekali lagi aku tak berjaya. Tak pelah.. mungkin belum rezeki aku. Maybe next decade. Hehehehe. Tak salah mencuba kan? InsyaAllah, next time kalau ada exam , aku pegi la lagi. Hehehehe.. watch out everybody! I'll be back to the exam!!
Hati aku masih kuat nak serious in business. Hopefully dalam masa beberapa bulan ni aku bleh lakukan something untuk merealisasi dan merealipepsikan Impian aku tu. I just need some guidance and encouragement. Aku kena bebetul buat plan, sebab dah beberapa bulan ni.. plan aku tersangkut kat mukasurat 3. No Idea la.. aku browse beberapa local company. Tgk macam mana cara business and pengenalan untuk attract people and macam2 lagilah. Aku nak sangat berniaga perkara/kerja yang aku wat sekarang ni. Cuma kekadang tu, macam takut2 jer. Tak pe..plahan2 lah. InsyaAllah.
Oh yer.. Aku nak cakap pasal pilihanraya 8hb Mac ni. Kat mana2 skarang ni dah berterabur bendera2 parti2 yang bertanding.Selalu gak aku berpikir, bendera and Banner2 yang digantung tu semuanya mesti yang baru diPrint.. banyak belanja tu. Dan yang lebih aku pikirkan kemana bendera2 tu nanti. Takkan kata nak recycle for next pilihanraya kot..... mustahil. Bagi aku... tak kira la parti apa sekalipun, bulan ke, panah ke, barisan ke, ape ke.. cara terbaik berkempen adalah tunjukkan la pada rakyat yang diorang tu betul2 YB yang berguna. Jangan kempen je lebih.. cakap berapi tapi se atom habuk pun tak leh pakai. Duit yang banyak2 buat print banner ke bendera tu boleh wat perkara lain yang berfaedah. Bukannya kata tak yah ada bendera n banner, tapi.. agak2 la.. pikir yang semua tu adalah duit. Duk suruh rakyat berjimat cermat, berbelanja dengan bijak .. tapi apa yang rakyat2 tengok lain pulak.
Isnin lepas, kat rumah aku dapat satu copy manifesto satu parti ni. Masa aku mula2 baca aku dah tergelak dah.. alahaaaiiiiiiiii..... kesian.. tak logik sungguh. Tolong lah..jangan wat janji2 terlampau macam tu.Realistik lah sikit. Apa yang manifesto tu tulis?.. hehehehe.. tak yah la cakap, kang ada plak yang terasa kang. Ape pun sesapa yang leh mengundi tu..gi la mengundi, itu hak kita. Aku hari tu hampir2 la bertekad tak nak gi mengundi, tapi..bila pikir2..mungkin sebab 1 undi aku tu lah mendatangkan perkara yg lebih baik...
All the best la kepada semua2 calon2 pilihanraya. Semoga menjadi YB yang berguna kepada rakyat.

0 comments: